Saturday 31 May 2014

Memperkenalkan PHYTOCOL-STTM Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari Shaklee



Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semula Jadi

dengan FITOSTEROL

Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.*

Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah

masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di

Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah anda:

• Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya

meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.

• Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak

baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.

Oleh yang demikian, bagi melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah

mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Walaupun paras kolesterol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda

ambil untuk mengurangkannya demi melindungi kesihatan anda.

¸ Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air.

¸ Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.

¸ Kurangkan berat badan berlebihan.

¸ Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg

FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara

semula jadi.

PHYTOCOL-STTM Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara

klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

Keistimewaan Shaklee:

¸ Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan,

sayur-sayuran dan bijirin.

¸ Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.

¸ Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL

dalam lebih 80 kajian.

¸ Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan

(NIH). * *

¸ Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

*Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2011

** Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat

larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

Bagaimana Fitosterol bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol

untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil,
maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda

untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda.


Tuesday 25 February 2014

Produk Kedua

Assallamualaikum si cantik cantik ku semua 

Ok bersambung kembali..

Produk kedua yang kawan ni suggestkan ialah...

GLA



Kebaikkan GLA ni meman banyak. Most of it is for the women. Saya dah berkerja kat industri perhotelan dah dekat 7 tahun. Since kerja kat perhotelan ni, saya sedar akan perubahan hormon , tingkah laku dan setiap kali kalau saya nak datang kawan baik setiap bulan( peghiod)..
Hari kedua, saya mesti rasa migrain, kadang2 tu memang teruk sampai rasa nak muntah pun ada. Bila dengar bunyi bising cepat je rasa sakit kepala. Dan rasa kaki cramp. Rasa mcm nak terberanak pun ada, **sedangkan nak terberak je**.

Terus terang, memang saya ambik GLA ni tak cukup sebulan pun ( Hujung bulan january 2014, sekarang dah 25 Feb). Saya ambik bersama2 dengan ESP. Sebelum tidur ambik satu kapsul. Bangun dari tidur ambik satu kapsul, tapi saya minum dengan ESP la.

Menjalani kehidupan seperti biasa, sibuk dengan hal2 duniawi ( Astagfirulla)  , tup tup dah bocor dah. Tak perasan pun. Hari kedua, bila dah keluar rumah, baru teringat yang saya ni period, sampai lupa nak bawak spare pad. Pasal diri tu terasa indah sa... eppp!!! melalut pulak.. terasa diri mcm selesa sgt!

Dan yang penting, saya dah tak rasa migrain lagi!! Syukur Alhamdulilah. So bulan kedua nanti, nak tengok lagi la. sama ada saya ni migrain lagi ke tak.

Fungsi dia sebenarnya sama gak ngan EPO (Evening Primrose Oil) Tapi kesan dia lagi dua kali ganda baik dari EPO.
Ok meh baca profesional kat bawah ni :

KEBAIKAN SHAKLEE GLA COMPLEX

Kalau sebut GLA ramai yang tak biasa dengar kan? Bagaimana dengan Evening Primmrose Oil (EPO)? Err..sounds familiar..Bagi yang belum tahu, EPO ialah sumber dimana GLA (Gamma-Linolenic Acid) dihasilkan. Kebanyakan produk dipasaran menggunakan GLA yang dihasilkan daripada EPO.

Berbeza dengan Shaklee GLA Complex, GLA yang digunakan diekstrak dari bunga herba Borage dimana

:. Mengandungi GLA 2 kali ganda lebih tinggi berbanding EPO.

:. 3 kali ganda lebih bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan berbanding EPO.

:. Shaklee menggunakan GLA yang diekstrak dari Borage yang ditanam secara organic.

:. Dilindungi oleh Shaklee Guard iaitu antioksidan semulajadi yang dipaten untuk secara eksklusif untuk memastikan kestabilan dan kesegaran produk.

Shaklee GLA Complex
Si Cantik Biru ~ Bunga Herba Borage

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ia digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu manusia dengan baik.

Kebaikan Shaklee GLA Complex;

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf



GLA Complex amat disarankan untuk mereka yang;

  • Ingin mendapat zuriat. Set Kesuburan Shaklee membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri.
  • Mengalami kitaran haid yang tidak tetap.
  • Sering mengalami senggugut. GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin yang penting untuk proses kimia dalam tubuh seperti mengawal tekanan darah, pengecutan otot (punca terjadinya senggugut).
  • Mengalami masalah kulit seperti ekzema, kekeringan.
  • Diabetes (jenis 2). GLA membantu mengawal insulin dan paras kolesterol. Juga mengurangkan kesakitan dan kebas-kebas yang biasa dialami oleh penghidap diabetes
  • Masalah berat badan berlebihan yang berkaitan dengan hormon. 
  • Ingin mendapatkan kulit cantik bebas jeragat dan jerawat.
  • Mereka yang menghidap penyakit arthritis reumatid.

Jom tengok testimonial;




Harga pasaran GLA Complex ialah RM91.25. Sekiranya anda ingin mendapatkannya dengan harga istimewa sila hubungi saya. Setiap pembelian disertakan tip-tip dan nasihat pengambilan percuma.







Saturday 22 February 2014

Hi kamu semua yang cantik di luar sana!

Hi assallamualaikum  si cantik2 ku Semua.Kembali aktif berblog setelah lama meninggalkan arena perbloggan.. hehe.

Ada cerita di sebalik 'pengaktifan' ini. Selama ni, saya mencari2 produk untuk menguruskan badan. Tambah2 lagi bila baju uniform tak tak selesa untuk dipakai. Skirt boleh koyak kat tepi.. fuh.* Sampai mcm tu**

Ternampak rakan sepejabat, mengambil satu produk kesihatan. Dan dia mmg selalu nampak maintain kurus. Dia mengambil produk Herbalife.

Memang dari dulu ingin mencuba produk ni, tapi dulu rasa macam ianya terlalu mahal. So tahun ni inign mencuba. Tapi setiap kali ingin mendekati kawan tadi yang makan Herbalife ni, mulut macam kaku. Macam segan nak tanya.

So macam tu lah setiap hari kalau terserempak ngan dia kat opis. Tapi kalau ada masa, saya akan menginterview dia. Dia cakap and membebel banyak pasal, pentingnya jaga kesihatan ni, lagipun dia single mother. And she dont want to menyusahkan orang lain kalau sakit. She imagine like dat la.. hahah ** Brokenenglish** Dan itulah penjelasan dia yang mungkin membuat aku 'pending' sekali lagi untuk mengetahui lebih lanjut tentang Herbalife.

So pada petang yang hening, kawan lama tiba2 menghubungi ku kembali lewat whatsapp ** mcm indon plak**

Dipendekkan cerita, dia menjelaskan dengan bersungguh2 tentang satu produk kesihatan yang kira boleh tahan terkenal jugak la. SHAKLEE.

Dipendekkan cerita lagi.. **hehe** Setelah dia menerangkan dengan penuh bersungguh2 and penuh ikhlas( it takes 2 days in the row we keep whatsapping). So saya pun bersetuju la untuk mengambil supplement yang disyorkan. Selepas ditolak2, ambik yang penting2 dulu.. huhu

Dia syorkan ambik ESP :


Dia ada 7 kebaikan..

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.
 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.
 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Nak tau produk lain yang saya ambil ? Stay tune ... To be continue :)



Bye Lovelies !